NOVEL : I Miss You Mrs A!!

Writer: Yana Han
Do NOT Steel~!!

BAB 1

 "Bangun!! Ya Allah, susah betulkan nak kejut korang semua ni. Bangun! Nanti kita lambat nak pergi lawatan tu." omel Ainnur kepada sahabat-sahabatnya.

 "Ya.. Aku bangunlah ni..." Dayana berkata dalam keadaan malas. Beginilah nasibnya bila kena 'alarm' dengan si Ainnur ni. Bukan dia sahaja yang kena macam tu. Semua member dia pun alami nasib yang sama. Ainnur kan 'Mak' kepada kitaorang. Hehehe..

 Hari ini merupakan lawatan terakhir kitaorang dekat U ni. Nasib kitaorang bertuah tahun ini. Siapa sangka Prof.Zita sanggup keluarkan duit dia sendiri semata-mata nak bagi kitaorang happy tahun ini. Tahun akhirlah katakan...

Selepas kami semua bersiap, kami semua terus berkumpul di dataran U sementara menunggu bas tiba. Pagi begini memang sejuk ditambah angin sempoi-sempoi bahasa gitu... 

 "Ain.. mana kau letak ipod aku?" tanya Dayana kepada Ainnur. 

 "Ehh.. mana aku tau kau letak mana. Dia sendiri masukkan dalam beg dia semalam pun lupa ka?" balas Ainnur sedikit geram. Dayana terkekeh-kekeh bila jawapan Ainnur diberikan itu sungguh kelakar. Manakan tidak, Ainnur berkata sambil membuat muka annoying kepada Dayana.

 "Relaxlah, aku tanya aje. Janganlah marah buah hatiku..Dayana kenyit mata kepada Ainnur. 

 "Cehh, buah hatilah sangat. Buah ni nak tak?" Penumbuk ditunjukkan kepada Dayana. Ketawa sakan kami berdua. 

Tibanya bas yang ditunggu lebih 10 minit itu. Kami bergegas hendak masuk ke dalam perut bas. Berhimpit punya pasal, Irdina tidak sengaja tertolak Ainnur terjatuh dari tangga bas. Macam budak kecik punya perangai. 

 "Ouchh! Dina, kejamnya kau kan? Tolak aku sampai jatuh macam ni. Evillah kau ni." Ainnur berkata dalam keadaan geram. 

 "Alohh.. aku bukan sengaja punlah. Tertolak okay...." Dina menekankan perkataan 'ter' itu.

 "Dah tau tertolak tu, awat hang tak angkat aku balik?" longhat Utara dikeluarkan Ainnur.. 

 "Yelah... Aku angkat ni. Tak payah sampai Utara pergilah." Dina berkata sambil membuat muka comel. Riuh dengan suara mereka berdua. Macam anjing dengan kucing. Ketawa terbahak-bahak kami semua. Termasuk orang kesayangan Ainnur, Naufal.

 Ainnur dan Naufal sudah bercinta lebih 5 tahun. Pasangan yang sweet katakan. Kemana-mana mereka pergi mesti bersama. Macam belangkas. Kehulu kehilir muka mereka sahaja yang ada. Macam nak erase je muka diorang berdua itu. Kalau boleh nak letak gambar penyanyi Korea itu. Macam N dalam kumpulan VIXX tu. Hehehehe... Handsome tau.

  Kami mula memasuki ke dalam perut bas semula dengan berhati-hati selepas dimarahi Prof.Zita. Mana tidaknya, pelajar-pelajar beliau suka buat hal tak tentu pasal. Macam yang berlaku tadi. Sebijik budak sekolah rendah berebut nak ambil tempat duduk. 

Lawatan kami ke Port Dickson disambut meriah oleh kami semua. Gembira bukan kepalang lagi. Bisingnya, hanya Allah aje yang tau. Memang budak kecil. 

 Kami mengambil tempat duduk kami masing-masing. Seperti biasa, Dayana akan duduk bersama Ainnur. Sahabat khariblah katakan. Irdina pula duduk bersama Hazirah di belakang kami. Nadia dan Athiqah duduk di kerusi sebelah kami. Alya dan Zulaiha pula duduk di hadapan kami. Buddyz takkan terpisah! Hehehe..

 Perjalanan kami yang mengambil masa selama 3 jam setengah itu sungguh menggembirakan apabila ada pelajar yang sanggup buat persembahan percuma. Orang sproting katakan. Gelak sakan kami semua, dah macam adik beradik rapat.

 "Kau dengan Naufal tu macam mana? tanya Dayana kepada Ainnur. 

 "Macam mana apa?" tanya Ainnur.

 "Dia jadi ke nak melamar kau jadi wife dia? Hari tu beria-ria nak melamar kau kat U hari tu." jawab Dayana dengan tenang. 

 "Itu.. Aku taktaulah. Dia tak bagitau aku apa-apa. Dia cuma kata nanti dia akan melamar aku. Tapi, aku tak tau bila."

 "Baguslah tu kalau dia kata macam tu. Jangan tak jadi nak melamar sudah. Mak dengan Ayah kau dah tau kan korang berdua bercinta?" soal Dayana lagi.  

 "Ya. Mak dengan Ayah aku dah tau. Insya-Allah takde apa-apa berlaku. Kau doakan yang terbaik untuk kitaorang berdua dah cukup." jawab Ainnur. 

 "Aku sentiasa doakan kebahagiaan korang berdua." doa Dayana buat sahabat baiknya. 'Aku akan doakan dia menjadi suami yang terbaik untuk kau Ainnur' kata Dayana di dalam hati. 


BAB 2

 Tibanya kami di Port Dickson. Prof.Zita memberikan sedikit taklimat kepada kami semua.Kami semua di jaga oleh Prof.Amran dan juga Prof.Zamri. Dua orang Prof yang berlagak 'muda' dengan kitaorang. Kelakar sungguh perangai mereka berdua itu. Tak padan dengan umur dah meningkat. Ada hati kata diri muda lagi. 

 Prof.Zita menyuruh kami semua berehat dulu sebelum turun ke dewan utama di situ. Katanya, ada sedikit pengenalan. Kami pun mengiakan saja. 

 Kami semua mengambil kunci bilik kami masing-masing dan bergerak menuju ke bilik kami. Sampai sahaja di bilik kami. Dayana dengan tidak sengaja terjerit kegembiraan. Ainnur apa lagi, ketawa terkekeh-kekeh disebabkan perangai tak matang Dayana itu. Muka sahaja matang, perangai..Ya Allah, lebih dahsyat dari kanak-kanak ribena itu. 

 "Kau kalau ubah perangai budak-budak tu boleh tak?" kata Ainnur yang masih ketawa sakan itu.

 "Nak ubah macam mana. Dah pemandangan kat sini bukan main lagi cantik. Subhanallah. Lawa tau sunset ni. Kau tengok lah." omel Dayana yang sedang gembira melihat keindahaan pencipta-Nya.

  "Memang lawa. Cantik. Lagi cantik kalau kau pergi mandi dulu. Waktu asar dah nak habis ni. Baik kau cepat mandi." sempat lagi Ainnur mengata Dayana. Hehehe..

 Selesai kami semua berehat, kami diarahkan turun ke dewan utama bagi sesi pengenalan. Riuhnya bukan macam pasar dah.. lebih dari tu. Wajah gembira kami tatap dengan hati yang gembira. 

 'Kan bagus kalau macam ni kat U. Ini tidak, senyap gila. Macam baru lepas kena sound dengan Mr's Suzy. Kalau dia bukak mulut murai dia tu. Habis satu U dengar jeritan dan bebelan dia. Dahlah garang, suka marah pelajar. Nasib baiklah dengan kitaorang ni dia tak mengamuk sakan. kalau tak lubang kubur kitaorang nampak dulu.' omel Ainnur dalam hati.

 Sebelum kami semua makan dan menunaikan solat Magrib, Prof.Zita, Prof.Amran dan Prof.Zamri telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk kami pada esok hari. Aktiviti yang dijalankan sangat seronok dan menarik. Antaranya, tarik pelepah kelapa, snorkeling, main congkang, batu seremban, dan pelbagai lagi.

 Kami yang membaca pun sudah tidak sabar lagi inikan pula nak buat aktiviti untuk esok hari. Wah, mesti seronok! Waktu makan malam pun sudah tiba, kami berbaris mengambil makanan dan duduk semula di tempat duduk kami. Tiba-tiba Ainnur berkata sesuatu kepada Dayana.

 "Dayana, malam nanti kita pergi pantai nak tak?" soal Ainnur.

 "Ehh.. Nak pergi pantai buat apa malam-malam?" soal Dayana semula.

 "Alahh.. Aku cuma nak ambik udara segar sekejap. Bolehlah ya." Ainnur merayu sambil buat muka comel. Persis kucing nak mintak makanan. Comel saja.

 "emm.. Yelah. Nanti aku temankan. Jangan buat muka kucing tu lagi. Nanti ada yang dapat cubitan free je nanti." jawab Dayana.

 "Hehehe... Thank you my friend!" jawab Ainnur sambil menunjukkan thumbs up. 

 Itulah sahabat. Takkan pernah hilang kalau kita menjaga dia seumpama dia Berlian dengan kasih sayang.

 Selesai kami menunaikan solat Magrib, Ainnur terus menarik tangan Dayana dan terus dibawa menuju ke arah pantai yang terbentang luas itu. Kagum dengan ciptaan-Nya. Subhanallah.

 "Wow! Nyamannya..." kata Ainnur sambil mendepangkan kedua-dua belah tangannya.

 "A'ah, nyaman sangat. Rasa macam nak peluk je pantai ni." seloroh Dayana.

 "Pantai mana boleh dipeluk sayang oii.. Pantai boleh di renangi saja." kata Ainnur sambil menolak Dayana ke dalam laut. Habis lencun Dayana dibuatnya. Terbahak-bahak Ainnur menggenakan Dayana.

 "Wei!! Basahlah aku! Nasib baik aku tak bawak phone or barang elektronik! Kalau tak.. malam ni aku kerjakan kau cukup-cukup sampai lumat!" kata Dayana dengan nada geram.

 "!Hahahaha! Sorrylah. Aku bukan sengaja pun." Ainnur berkata dalam keadaan ketawa yang masih bersisa.

 "Banyak punya kau tak sengaja! Siap kau kalau aku dapat kau Ainnur!!" jerit Dayana sambil mengejar pembuat masalah yang yang menimpa dirinya sebentar tadi.

 "Janganlah kejar aku Dayana!! Sorry!! Sorry sangat-sangat. Aku janji aku tak buat dah. Betul, aku janji!" jerit Ainnur pula yang dikejar Dayana pada waktu itu. 

 Tercungap-cungap Dayana dibuatnya begitu. Sengal punya kawan. 'Nasib baik kau kawan aku, kalau bukan kawan aku agaknya nak kena cincang dah masa ni. urgghh'. kata Dayana dalam hati. 


 BAB 3

 Pagi ini kami memulakan aktiviti senaman robik yang diwakili oleh Zafriel iaitu ketua bagi lawatan kami sepanjang tempoh seminggu disini. Cuaca yang agak cerah memudahkan kami melakukan aktiviti yang sudah disediakan oleh Prof kami. Aktiviti disini sangat meriah dan seronok. Digabungkan dengan penduduk setempat dan pelancong asing. 

 Selesai kami melakukan aktiviti selama 2 jam setengah itu. Kami beransur masuk ke bilik masing-masing dan berehat sementara menunggu solat zohor. Dayana tiba-tiba sahaja bersuara.

 "Ainnur.. Tadi aku perasan ada sorang mamat ni asyik pandang-pandang kau je. Dia macam suka kat kau je." Dayana memberitahu apa yang dilihatnya tadi.

 "Huh? Mamat? Mamat mana ni?" soal Ainnur kepada Dayana.

 "Aduh.. Mamat gatal a.k.a Rizal. Takkan kau tak kenal dia kut? Dia kan budak famous kat U kita tu. Kau lupa ke?" Dayana berkata kepada Ainnur pula.

 "Emm.. Yang mana ni? Serious aku tak ingatlah.." omel Ainnur pula.

 "Ingat tak ada sorang lelaki ni, dia tumpahkan makanan dia kat kau." Dayana membantu Ainnur mengingati semula.

 "Ouh! Yang tu ke. Apa pasal dia pandang aku?" tanya Ainnur kepada Dayana semula. 

 "Itu aku taktau kenapa dia pandang kau. Tapi pandangan dia tu lain macam." kata Dayana pula.

 "Lain macam mana ni?" soal Ainnur semula.

 "Macam.. Macam.. Orang suka kat kita.. err.. lebih kurang macam tu." jawab Dayana dengan penuh berhati-hati.

 "Dia suka kat aku ke?! Gila ke apa kepala dia tu. Mereng ke? Takkanlah orang handsome macam dia boleh berkenan kat aku yang biasa-biasa ni." jawab Ainnur dengan geram.

 "Haaa... Itu aku taktau. Mana tau memang dia ada hati kat kau. Maklumlah, orangnya dah comel sekarang ni." sempat lagi Dayana mengata Ainnur.

 "Kau ni.. Taktau taktau. Aku comel ke?" tanya Ainnur dengan mata yang bersinar.

 "Ehh, dia ni. Baru kata comel dah buat muka macam tu. Eden lepuk kang." jelas Dayana sambil menunjuk penampar kepada Ainnur. Sempat lagi tu nak perasan.

 "Hehehe.. Kau ni.. Nak perasan comel sekejap pun tak boleh." omel Ainnur tanda tidak puas hati. 

 "Mana boleh nak perasan sekejap. Saat pun tak boleh." jelas Dayana lagi. Mereka terlupa tentang perbualan utama mereka tentang Rizal itu. 



BAB 4

Hari kedua kami berada di Eagle Ranch Resort Port Dickson. Pelbagai aktiviti kami jalankan. Memang tak cukup masa ikutkan nak bermain. Macam budak kecil pula jadinya. Menjerit, melalak tengah malam, menari, menyanyi, bergembira seperti baru sahaja mendapat coklat. Tak padan dengan umur yang sudah meningkat 22 tahun itu. 

Ainnur ini orangnya sangat cantik. Sopan-santun bila berhadapan dengan orang tua. Pasti akan ada jejaka-jejaka tampan yang menyukai dia. Seperti Naufal menyukai Ainnur. Pasangan burung merpati gitu. Hehehe...

 "Dayana.." tanya Ainnur perlahan.

 "Ya?" jawab Dayana perlahan juga.

 "Kau dengan..." tanya Ainnur satu persatu. Gaya orang gagap sudah.

 "Dengan apa ni? Cakap biar habis boleh?" jawab Dayana sedikit malas.

 "Kau dengan si Rayyan tu macam mana pulak?" tanya Ainnur sambil tersengih. Gaya seperti kerang busuk. 

 "Macam mana apa ni? Kitaorang okay je. Kenapa kau tanya?" soal Dayana pelik.

 "Alahh.. Kau dengan dia kan dah bercinta 2 tahun setengah. Takkan taknak kahwin kut.." balas Ainnur sambil tersenyum.

 "Kahwin? Hahahah!! Kau ni. Kitaorang baru bercinta kau dah cakap pasal kahwin. Apa kata kau kahwin dulu. Amacam?" jawab Dayana kepada Ainnur.

 "Ehh.. Minah ni.. Aku tanya kau. Lagipun korang berdua saling mencintai kan? So, apa salahnya kahwin aje. Kan sweet macam tu." jawab Ainnur sambil mengenyitkan mata kepada Dayana.

 "Ewahh.. Sweet sangat.. Kitaorang tak planning lagi nak bincang pasal tu. Dia kata belajar dulu. Lepas tu kalau nak fikir pasal kahwin baru kitaorang berbincang." jawab Dayana tenang.

 "Emm.. yelah. Korang kan nak jadi Doktor yang berjaya. Tak gitu? Heheheh.." ucap Ainnur sambil ketawa terbahak-bahak.

 "Yolah." jawab Dayana pendek.

Selesai kami semua menjalani aktiviti di pantai, kami dijemput Tok Wan untuk minum petang bersama-sama beliau. Tok Wan seorang yang baik dan pandai bercerita. Kami asyik mendengar cerita Tok Wan sampai lupa hendak balik ke bilik masing-masing kerana malam ini ada acara ingin dijalankan.

 Kami semua meminta diri hendak pulang ke bilik kami kepada Tok Wan. Kami menyusuri pantai yang cantik. Bila tiba waktu senja, mesti ramai yang berada ni pantai ini. Cantiknya, Ya Allah. Subhanallah. Indah sungguh ciptaan-Nya.

 Kami semua tiba dibilik pada pukul 6:25 petang. Penatnya memang seronok. Bukan penat sebab keletihan tapi penat sebab kegembiraan. Kami semua bersiap-siap dan turun ke dewan utama. 

 Semuanya berpakaian cantik dan kemas. 'Ehh, ni acara apa pulak ni? Prof tak kata apa-apa pun? Pelik ni pelik' Ainnur bermonolog didalam hati. Nasib baik Ainnur terpaksa memilih baju kurung Pahang. Ikutkan hatinya, dia hendak memakai seluar track suit dan baju lengan panjang sahaja. Nasib baik Dayana memaksanya memakai baju kurung. Kalau tidak, agaknya kena diketawakanlah jawabnya. 

 Ainnur menelefon Dayana kerana jaraknya dengan Dayana agak jauh dari tempat yang dia berdiri sekarang ini. "Assalammualaikum Dayana." Ainnur memulakan percakapan.

 "Waalaikummusalam, kau dah kenapa telefon aku ni. Macam tak boleh jumpa pulak. Demam ke?" soal Dayana pula.

 "Kau ni.. Tak boleh ke nak telefon? Aku mana demam.." ucap Ainnur lagi.

 "Boleh itu boleh. Haa.. Kau nak cakap apa ni?" tanya Dayana lagi.

 "Aku nak cakap thanks kat kau sebab kaulah aku tak malu sekarang ni." Ainnur berkata lagi.

 "Thanks for what? Malu? Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni? Tak faham aku dibuatnya. Cakap betul-betul." omel Dayana sedikit tidak puas hati kepada soalan Ainnur itu.

 "Thanks because you save my life! Malu pulak sebabnya, nasib baik aku tak pakai seluar dan baju biasa. Kau paksa aku pakai baju kurung. Kalau kau tak paksa aku, memang sekarang ni aku dah sorok bawah meja dah sekarang. Thanks a lot!" ucapan Ainnur bersungguh-sungguh.

 "Lah.. yeke.. Takde apalah. Memang sepatutnya kita pakai baju kurung. Tu je kan? Takde soalan lain kan? Takde kan? Dah-dah aku nak pergi makan sekarang ni. Nanti jumpa kat meja biasa kita makan." kata Dayana sambil menekan punat merah tandanya Dayana tidak mahu bercakap lagi.

 "Ehh.. Minah ni. Aku tak cakap apa-apa lagi dah off. Hampeh punya kawan." omel Ainnur lagi

Ainnur mengambil makanan seperti biasa. Nasi putih, ayam goreng, sayur campur, kuah kari daging, dan air tembikai. Itulah menunya sepanjang berada di sini. Tak jemu agaknya. Tiba-tiba Ainnur tidak sengaja terlanggar orang didepannya kerana tadi dia sedang menoleh ke arah belakang.

 "Ahh.. Maafkan saya. Saya tak sengaja. Maaf-maaf. Betul, saya tak sengaja." Ainnur merayu bersungguh-sungguh.

 "Tak apa. Hal kecil je. Awak tak apa-apa ke? Maaflah, saya pun tak perasan." jelas lelaki itu.

 "Ehh.. Mana boleh tak apa. Saya yang langgar awak. Jadi saya kenalah mintak maaf." ucap Ainnur lagi.

 "Kalau kita asyik minta maaf, sampai bila nak habis. Yang awak ni dari tadi asyik tertunduk-tunduk ni kenapa? Leher awak sakit ke? Nak saya bawakan awak ke klinik?" ujar lelaki itu dengan penuh rasa simpati.

 "Ehh.. Tak. Leher saya okay aje." ujar Ainnur pula sambil mengangkat muka menghadap lelaki itu. 'Ehh.. Mamat ni.. Macam kenal je.. Umm.. Kat mana ya?' Ainnur berkata didalam hati.

 "Haa.. Ingat leher awak terkehel tadi. Betul tak apa-apa ni?" soal lelaki.

'Mamat ni boleh tahan handsome.. Agaknya dah ada awek ke belum ya?' ucap Ainnur didalam hati.

 "Hello? Awak okay ke tak ni? Kenapa termenung pulak ni? Awak okay?" soal lelaki itu lagi.

 "Huhh.. Oh.. Saya okay je.. Hehehe, maaflah." jawab Ainnur penuh kelam-kabut.

 "Oh.. Nasib baik okay. Kalau macam tu, saya minta diri dululah ya. Assalammualaikum." ujar lelaki itu sebelum beredar ke tempat makannya.

 "Waalaikummusalam. Perghh.. Suara dia.. Aishh.. " puji Ainnur sambil menggigit bibir bawahnya.

Ainnur bergerak semula ke meja makannya. Hatinya bagai dipanah bunga yang sedang mekar ditaman. Tersenyum seorang diri. Seperti orang kurang waras lagaknya.

 "Hoi! Yang kau ni dah kenapa? Tersengih-sengih, macam kerang busuk mintak kaki aje aku tengok. Dah kena sampuk ke apa?" soal Dayana bertalu-talu kepada Ainnur.

 "Ehh... Kau ni.. Kalau ya pun nak sergah macam tu, bagi salam dulu. Ini tidak, macam nak makan orang je aku tengok." balas Ainnur dengan nada geram manja.

 "Yelah, yelah.. Assalammualaikum, awak dah kenapa tersengih-sengih ni? Awak tak sihat ke?" balas Dayana sedikit mengejek.

 "Haa.. Waalaikummusalam... Takde apa. Saja. Tak boleh senyum ke?" soal Ainnur kepada Dayana.

 "Bukan tak boleh senyum, cuma macam tak kena tempat kau senyum. Nanti orang ingat kau ni sawan." ujar Dayana lagi.

 "Hahaha! Apalah kau ni... Dahlah, aku nak makan ni. Lapar tau.." ujar Ainnur sambil membasuh tangannya.

Selesai kami semua mengisi perut kini tiba pula waktu yang dinanti-nantikan. Prof.Zita ada memberitahu bahawa malam ini ada acara khas yang dianjurkan dari sebuah cawangan. Katanya cawangan pekerjaan? Cawangan pekerjaan? Hahaha! Baru sahaja kami hendak membuka mulut untuk berborak tiba-tiba sahaja lampu menjadi malap dan cahayanya hanya menerangi manusia yang ada di atas pentas. Kenapa mesti kepada manusia itu sahaja. Tak adil sungguh. Merunggut pelajar-pelajar di sini sambil berbisik satu sama lain.

 "Wei.. kau tengok lelaki yang ada kat atas pentas tu. Perghh.. Handsome kau.." puji Dayana sambil mata tidak putus-putus memandang tuan empunya badan diatas pentas. 

 "Kau ni.. Mata tu jaga sikit ya. Aku butakan karang baru tau." ucap Ainnur perlahan kepada Dayana.

 "Kau ni.. Aku baru nak cuci mata sekejap. Kacau cincau betul kau ni.." omel Dayana sambil menggigit ibu jarinya.

 "Bukan tak boleh masalah. Boleh, nak cuci, tu.. pergi singki. Cuci mata kau bersih-bersih." seloroh Ainnur sambil ketawa perlahan.

 "Ehh.. Dia ni.. Buat lawak bodoh pulakkan?" jawab Dayana lagi.

 "Mana ada buat lawak bodohlah. Tapi, memang betul handsome jugak mamat ni ya." Ainnur mengiakan soalan Dayana yang tadi dibiarkan begitu sahaja.

 "Haa... Tau pun. Kan kan? Kalau dapat kahwin dengan mamat macam ni kan bagus. Tinggi dah tinggi. Tegap dah tegap jugak. Kulit kuning langsat. Hidung mancung. Bibir merah nipis yang seksi. Mata cantik. Rambut hitam lembat. Aduhh, banyak sangat aku nak terangkan.." jelas Dayana bersungguh-sungguh. 

 "Haa.. betul-betul.. Tapi..." jawab Ainnur separuh-separuh.

 "Tapi apa..? soal Dayana.

 "Rayyan kau nak campak mana? Nak campak kat Sungai Mekong ke?" jawab Ainnur sedikit geram manja.

 "Ehhh.. Ya Allah! Aku boleh pulak lupa kat abang sorang ni. Ya Allah.. Apa nak jadi aku ni..." ucap Dayana sedikit terjerit. Tapi masih boleh dikawal.

 "Hahahah!! Haa.. Tau pun kau.. Lain kali kalau nak puji biar sikit aje. Jangan lebih-lebih. Karang dengar dek abang kau tu, mau merajuk setahun kut. Entah-entah selama-lamanya." Ainnur perli dalam keadaan ketawa yang dikawal.

 "Kau ni! Janganlah cakap macam tu. Kesian aku ni. Nanti mati kering aku jawabnya.." jawab Dayana sedikit kecewa.

BAB 5

 "Siapa lelaki tadi ha?!" tengking Naufal kepada Ainnur di pantai.

 "Lelaki mana pulak ni awak?" tanya Ainnur kepada Naufal dalam keadaan tertanya-tanya siapa gerangan lelaki yang diberikan oleh Naufal itu.

 "Kau jangan banyak tanya boleh tak! Aku cukup benci dengan perempuan berlagak alim depan aku! Kau jangan ingat kau teman wanita aku kau boleh buat apa saja yang kau suka!" marah Naufal lagi. Turun naik nafas lelaki kesayangan Ainnur itu.

 'Sejak bila dia jadi baran sangat ni. Tak pernah aku tengok lagi perangai dia ni. Ya Allah, kau tenangkanlah hati Naufal daripada amarah ini.' doa Ainnur didalam hati.

 "Bila aku tanya jawab! Jangan sampai aku campak kau dalam laut tu pulak!" marah Naufal  sambil menunjuk kearah laut yang terbentang luas itu.

 "Saya betul-betul tak faham lah awak. Kenapa awak marah ni. Cuba cakap dengan tenang." ucap Ainnur dengan lembut.

 "Jangan kau nak tunjuk baik lah perempuan! Kau memang tak sedar diri kan?! Harap pakai tudung tapi hati busuk!" tengking Naufal lagi.

 "Awak... kenapa awak jadi macam ni? Kenapa awak marah sangat ni. Apa yang saya dah buat?" soal Ainnur kepada Naufal. Hampir sahaja air matanya jatuh kerana lelaki didepannya ini.

 "Kau tak payah nak nangis bagai lah perempuan. Jangan ingat kau boleh kikis semua harta aku. Sedar diri tu perempuan kampung." jawab Naufal dalam keadaan yang cuba ditenangkan.

 "Awak! Kenapa dengan awak ni ha?! Tiba-tiba aje nak marah saya tanpa sebab. Awak kenapa? Cuba cakap dengan saya?" terang Ainnur sambil menitiskan air matanya.

 "Kau nak aku cakap dengan kau?! Hei! Sedar diri tu! Fikir sendiri apa yang kau dah buat!" marah Naufal semula menyebabkan Ainnur tersentak sedikit.

 Dari jauh lagi ada yang mendengar pergaduhan mereka berdua. Lantas itu juga, dengan tenaga yang ada, dia berlari kearah Ainnur dan Naufal.

 "Hei! Kau dah kenapa Naufal?! Apa yang kau tak puas hati dengan Ainnur." terang Dayana dalam keadaan nafas yang tersekat-sekat.

 "Kau tak payah nak bela kawan jahanam kau ni! Perempuan murahan!" Naufal berkata sambil meludah kearah Ainnur. Ainnur hanya terkaku disitu tanpa sebarang reaksi.

 Terus sahaja Dayana 'memberi' penumbuk sulungnya dimuka Naufal. Tersungkur Naufal diatas pasir.

 "Watch your words please! Jangan sampai nanti aku kerjakan kau jantan! Kau ingat, kau lelaki suka hati kau nak cakap macam tu!" terpempam sekejap Ainnur dan Naufal dengan tindakan Dayana yang berani itu.

 "Bitch!! Belum pernah ada perempuan yang tumbuk aku macam ni. Sial kau betina!" Naufal terus mengelap darah yang ada ditepi bibirnya kerana ditumbuk Dayana tadi.

 "Aku betina?" tanya Dayana sinis kepada Naufal. Ainnur terus berlari kearah Naufal dan cuba membantu Naufal bangun. Terus sahaja Naufal menolak Ainnur dengan kasar.

 "Tepi!! Kau orang memang tak berguna!! Kau memang betina tak guna!" jerit Naufal lagi.

 "Kau memang silap besar cakap macam tu Naufal." terus sahaja Dayana mengambil kayu yang berada dikakinya dan terus membelasah Naufal dengan teruk sekali. Ainnur terus menahan Dayana daripada membelasah Naufal dengan lebih teruk lagi.

 "Dayana! Cukup! Jangan pukul dia lagi! Please!" jerit Ainnur kepada Dayana dengan tangisan yang masih bersisa. Dayana tersentak dengan sikap Ainnur yang terlalu mengambil berat tentang Naufal.

 "What? You told me to stop? Ainnur, dia dah maki hamun kau tapi kau masih membela dia? How could you do this to me for this guy. Kau memang suka kena maki hamun lah kan? Okay, go on. If you think i'm is your bestfriends then follow me back to hotel. Or, you still want to stay beside this guy? Huh?' soal Dayana kerana tidak puas hati dengan apa yang Ainnur lakukan tadi.

 "Dayana. Tak. Bukan tu maksud aku. Please, believe me. I didn't mean it." terang Ainnur kepada Dayana.

 "See. Bukan itu maksud kau? Dengan gaya kau membela dia tadi itu bukan bermaksud kau memilih dia dari kawan kau sendiri? Huh?" ucap Dayana sedikit terkilan.

 "Tak. Aku tak pilih dia. Cuma..." belum sempat Ainnur berkata lebih lanjut Dayana terus melepaskan kayu yang berada ditangannya ke atas pasir.

 "Stop this acting Ainnur. I can't believe that you say that to me. Okay. I know your answers. You want to stay here. Then, i'll leave." ucap Dayana lirih dan terus meninggalkan Ainnur yang masih menangis itu.

 "Bravo!! Tahniah sebab kau berjaya buat kawan kau sendiri benci kat kau. Tahniah sekali lagi." kata Naufal sambil menepuk tangan dengan perlahan. Naufal berkata lagi sebelum meninggalkan Ainnur keseorangan "Kita putus." sinis sekali nadanya.

 "Kenapa kau tinggalkan aku. Kenapa?" ucap Ainnur dengan air mata masih membasahi pipinya.

BAB 6
Ainnur pulang dalam keadaan yang amat lemah sekali. Sesekali, dia teringat akan kata-kata Dayana yang masih terngiang-ngiang dimindanya. 

"What? You told me to stop? Ainnur, dia dah maki hamun kau tapi kau masih membela dia? How could you do this to me for this guy. Kau memang suka kena maki hamun lah kan? Okay, go on. If you think i'm is your friends then follow me back to hotel. Or, you still want to stay beside this guy? Huh?" 'Maafkan aku Dayana. Bukan itu maksud aku.' Ainnur berkata didalam hati. 

"Stop this acting Ainnur. I can't believe that you say that to me. Okay. I know your answers. You want to stay here. Then, i'll leave." 'Aku tahu aku silap. Aku tahu aku teruk. Aku tahu aku salah. Maafkan aku...

 Terus Ainnur masuk kebilik yang didiaminya dan Dayana. Tetapi, waktu itu baru dia perasan yang Dayana tiada. "Dayana? Dayana?" Ainnur memanggil Dayana tetapi tiada sahutan.

 "Dayana? Mana kau?" Ainnur berkata sambil menitiskan air mata lagi.

 Saat itu, dia terpandang sehelai kertas yang diselitkan di sebuah novel kesayangan Ainnur. Terus sahaja Ainnur mencapai kertas itu lalu membacanya.

  Assalammualaikum. Mungkin waktu kau baca surat ni aku dah tinggalkan Port Dickson. Aku tahu kau terseksa dengan apa yang berlaku tadi. Tapi, aku tak salahkan kau. Kau tertekan sebab nak pilih yang mana satu kan? Aku faham perasaan kau. Aku tahu sikap aku tadi terburu-buru dan terus meninggalkan kau tanpa mendengar kata-kata kau selanjutnya. Maafkan aku. Aku harap kau akan sedar dengan apa yang Naufal dah buat dengan kau. Aku tak nak kawan aku terseksa lagi. Aku tak sanggup. Aku terpaksa tinggalkan tempat ni. Maafkan aku....                                                     
                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Yang benar,                                                                                                                                             sahabatmu, Dayana.

Terus air mata Ainnur gugur saat ini apabila terbaca surat yang ditulis Dayana. Tidak sangka. Kerana sikapnya yang terlalu ambil berat tentang Naufal tadi diundangi dengan pemergian Dayana yang tidak tahu kemana.

 'Maafkan aku.....' ucap Ainnur lirih didalam hati.

BAB 7

 "Angkatlah Dayana.." luah Ainnur sambil menelefon Dayana.

 "Hello..." kedengaran satu suara di hujung talian.

 "Ya Allah! Akhirnya kau jawab juga panggilan aku.. Mana kau pergi Dayana? Sampai hati kau tinggalkan aku sorang-sorang. " ucap Ainnur dalam tangisan yang di tahan-tahan.

 "Err.. Maaf. Ni bukan Dayana. Ni kawan dia, Mia. Dia sekarang ada... kat.. wad... ICU. Keadaan dia agak... kritikal." ucapnya tergagap-gagap.

 "Ya Allah! Macam mana boleh jadi macam tu. Kritikal sangat ke?" ucap Ainnur sedikit terkejut. Tanpa disedari air matanya gugur satu persatu bagaikan air hujan yang lebat membasahi bumi.

 "Dia... Dia.. Accident." ujar Mia sedikit ketakutan.

 "Accident?! Macam mana keadaan dia? Macam mana? " tanya Ainnur sedikit gelisah.

 "Doktor kata... keadaan dia... 50-50..." ujar Mia lagi dengan tangisan yang semakin kuat.

 Tanpa disedari, telefon Ainnur terlepas dari genggamannya. Waktu itu, Ainnur terus terjelepok jatuh ke lantai. Hanya air mata yang menerangkan bahawa dia amat sedih atas kenyataan yang Dayana hanya mampu hidup 50 peratus ataupun Dayana mungkin....


BAB 8

Pagi ini merupakan hari yang paling seronok buat aku! Kata Ainnur didalam hati.. Balik jumpa Umi!! Yahooo!! jerit Ainnur didalam hati lagi. 

Terus Ainnur mengambil beg pakaiannya dan terus menuju ke arah pintu utama. Sesampai sahaja dia di muka pintu itu. Ada orang yang terkam dia dari belakang. Nasib baik tidak terpelanting beg bajunya itu. "Dah kenapa kau ni. Main peluk-peluk pula. Fikir aku suka lah?" jerit Ainnur kepada gadis berusia 23 tahun itu.

 1 tahun telah pun berlalu. Perangainya masih sama. Haihh.. Bila lah kau nak berubah ni ya? ujar Ainnur didalam hati..

 "Eden nak ikut hang pi rumah Umi hang, boleh dok?" ujar gadis itu dengan loghat yang dicampur-campurkan.

 "Perghh.. Kau ni. Pantang betul kalau aku balik rumah Umi aku mesti kau nak ikut kan? Yalah, yalah. Pergi kemas baju cepat!" kata Ainnur sambil ketawa kecil. Baru sahaja dia hendak melangkah keluar, gadis itu menjerit sambil mengangkat begnya itu kearah Ainnur. "Dah siap packing!!" 

 "Mak aii, cepat gila kau kemas. Kau main campak aje baju dalam beg tu ke?" ujar Ainnur sedikit pelik.

 "Ehh, mana ada. Aku dah packing dari semalam lagi lah.. Hehehe.." ucap gadis itu sambil mengenyitkan matanya.

 "Patutlah.. Aku lupa yang aku ada bagitau kau semalam. Maaf-maaf." ucap Ainnur sambil membuat muka sengal.

 "Hahaha! Tak apa." kata gadis itu lagi dengan ketawa yang masih bersisa.

 Terus mereka berdua meninggalkan rumah mereka dan terus bergerak ke arah tempat meletakkan kenderaan di kondominuim mereka. 


BAB 9

 Bila teringat 1 tahun yang lalu... Hati Ainnur dipagut rasa sedih yang amat. Apabila dia mengetahui bahawa Dayana mungkin tak dapat diselamatkan. Ya, saat itu dia merasakan dirinya tidak berguna kerana telah membuatkan hati Dayana sedih dengan sikapnya itu...

1 tahun yang lalu......

 "Assalammualaikum Mia...." 

 "Waalaikummusalam, Ain..."

 "Aku ada kat bawah ni... Boleh tahu tingkat berapa wad tu?" tanya Ainnur

 "Ohhh, tingkat 3. Belok kiri nanti ada nampak bilik warna biru."

 "Okey. Terima kasih Mia"

Ainnur terus turun dari kereta Myvinya yang berwarna putih itu. Terus sahaja dia menapak masuk kedalam hospital yang menepatkan Dayana untuk mendapatkan rawatan. Setibanya Ainnur didepan pintu lif, Ainnur ada ternampak seseorang di penjuru dalam hospital itu.

 "Ehhh.. Macam kenallah.. Umm, tapi kat mana ya?" Ainnur bercakap seorang diri sambil berfikir.

 Tiba-tiba, mata itu sedang memandang Ainnur. Dia merasakan ada sesuatu yang membuatkan hati lelakinya terusik sedikit dengan penampilan dan sikap Ainnur itu. Siapa sangka, kemalangan kecil yang berlaku di Port Dickson dahulu membuatkan hatinya terpaut kepada Ainnur.

 "Kenapa aku rasa macam pernah jumpa dia dulu ya...?" soal Farid sendiri. "Ha!!!! Patutlah aku rasa pernah tengok. Budak sekolah aku dulu... Cun juga orangnya...." Farid berkata sambil tersenyum.

 Ainnur rasa seperti ada orang memerhatinya dari jauh. Terus Ainnur masuk ke dalam perut lif dengan segera kerana mahu mengelak dari terus dipandang oleh manusia yang memerhatinya dari tadi.

 "Pahal mamat tu pandang aku semacam je ehhh.. Ishh, menakutkanlah... Ngeri.." Nasib baik tiada orang didalam lif itu ketika Ainnur sedang membebel seorang diri.

Bilik yang disebut oleh Mia tadi terus sahaja Ainnur masuk selepas memberi salam dan ketukan dipintu. Saat wajah itu menghiasi pandangan mata Ainnur, terasa berat benar hendak dia melangkah ketepi katil yang agak sederhana besar itu.

 "Ehh, Ain.. Dah sampai rupanya. Marilah duduk sini. Dayana dah bangun.." Mia terus berkata apabila ternampak kelibat Ainnur memasuki bilik yang agak luas itu. 

Perkataan bangun itulah yang membuatkan hati Ainnur mengucap syukur kerana Allah telah selamatkan nyawa kawannya itu ketika Dayana berada dalam keadaan yang amat kritikal.

  "Assalammualaikum Dayana... Kau sihat?"

 "Waalaikummusalam Ainnur~!!! Aku sihat aje.. Dah lama kau tak jenguk aku tau... Mia dah bagitau aku masa aku tengah kritikal, kau, Shahilah, dengan Hamiza yang selalu ada di samping aku. Bacakan Yassin, bersihkan badan aku, banyak lagilah Mia cerita. Sampai aku boleh hafal bila dia asyik imbas balik kenangan yang aku tak ingat tu."

 "Maaflah, bukan aku taknak jenguk kau. Masa tak mengizinkan aku datang jenguk kau... Yake.. Wahh.. terharunya aku Mia.. Baik betul kau kan cerita kat Dayana.. hehehe"

 "Ehhh.. Mestilah aku baik... Kata kawan..." kenyit Mia kepada Ainnur..

Ketawa berdekah-dekah mereka bertiga...

 Telefon bimbit berbunyi mematikan lamunan Ainnur yang sedang mengimbas kembali kenangan yang sudah berlalu setahun yang lalu...

 "Waalaikummusalam Umi.." Ainnur menjawab salam yang diberi Uminya sebentar tadi.

 "Ain kat mana sekarang? Umi nak minta tolong sikit boleh?" pinta Umi.

 "Ain ada kat highway ni.. Umi nak Ain tolong apa?" 

 "Ain tolong singgah kat gerai yang selalu kita beli barang-barang dapur tu kejap nak.. Boleh? Barang dekat rumah dah nak habis.. Umi lupa nak suruh kakak kamu tolong beli semalam. Nanti Umi hantar sms barang apa yang kena beli ya nak.." terang Umi panjang lebar.

 "Baik Umi. Nanti Ain singgah ya. Ain matikan panggilan ya.. Assalammualaikum." 

 "Waalaikummusalam.."

Ainnur terus tersenyum selepas mematikan panggilan dari Uminya sebentar tadi. Dayana dari tadi hanya menjadi pemerhati ketika Ainnur sedang berborak dengan Uminya.

 "Nanti aku nak singgah kejap kedai. Nak beli barang sikit. Kau boleh ikut kan?"

 "Boleh, boleh... Tak menjadi masalah... Tapi kau kena belanja aku makan aiskrim lah ya.. Hehehe"

 "Tak sah kan kalau kau tak minta aku belanja.. ish.. ish.." bebel Ainnur.

 "Sekali-sekala...." 


BAB 10


 Setibanya Ainnur dan Dayana di kedai yang ingin disinggah itu. Dayana terus berlari masuk dahulu kerana ingin memilih aiskrim yang ingin dimakannya itu.. Ainnur sekadar menggeleng kepala melihat perangai Dayana yang satu itu.. Sebiji budak kecil!

 "Ainnur!!!!! Cepatlah!!! Lembap betul kau ni. Siput yang ada kat sebelah kau tu pun lagi laju dari yang tengah buat catwalk tu." Jerit Dayana sedikit meninggi kerana jarak diantara Dayana dan Ainnur agak jauh.

 "Wei!! Agak-agaklah kata aku jalan macam catwalk.. Aku jalan elok je ni.. Lagi satu, apa kaitan pula dah dengan siput ni haa..?" rungut Ainnur.

 "Eleh.... Dah lembap tu lembap ajelah...." Dayana menunjuk muka tidak bersalah kepada Ainnur.

 "Suka hati panggil aku lembap. Cehhhh.. Taknak belanja aiskrim baru tau.." ugut Ainnur

 "Woo wooo.. okey okey. Kau tak lembap. kau terpantas okey.. Belanjalah aku ya...... Please......." rayu Dayana selepas diugut oleh Ainnur.

 'Padan muka.. Hahahaha. Baru kau tau aku siapa...' Ainnur berkata dalam hati...

Selesai Ainnur dan Dayana membeli barang yang dipesan oleh Uminya. Dayana berkata sesuatu kepada Ainnur.

 "Wei Ainnur... Aku rasa macam nampak seseorang lah... Kau nak teka tak?" tanya Dayana sambil bermain teka-teki.

 "Malas betul aku nak teka-teki dengan kau ni.. Cakap ajelah siapa..." terang Ainnur.

 "Naufal....." Dayana terus terpandang wajah Ainnur kerana ingin melihat reaksi sahabatnya itu.

 "Naufal? Biarlah dia..." jawab Ainnur malas. Sebenarnya, dia agak terkejut kerana Dayana tiba-tiba cakap orang yang dia nampak itu adalah Naufal..

 Sakit hati bila teringat balik insiden yang berlaku antara dia dan Naufal. Perkara yang akan diingati Ainnur sampai bila-bila. Lelaki kejam! Tak ada perasaan! Lelaki yang telah membuatkan hatinya terhiris dengan luka yang agak dalam kerana sikap Naufal malam itu.

'Aku tak suka dia!' bentak Ainnur dalam hati.

 "Ehh... kau tak terkejut ke? Ke kau marah aku sebab sebut nama dia tu?"

 "Tak... Aku tak marah kau lah."

 "Betul tak marah?"

 "Betul.. Aku tak marah. Jomlah balik. Aku dah penat ni.. Dah terbayang-bayang bantal panggil aku suruh tidur.."

 "Ohhh.. okeylah. Jom." gelak Dayana kerana ayat terakhir yang disebut Ainnur itu juga menarik minatnya untuk tidur juga..



Telefon bimbit dipandang kosong. Ibarat sedang menunggu sesorang. Hampa. Itulah yang dirasai oleh Ainnur. Dunia Ainnur seakan kosong selepas perkara yang menyakitkan hati dia telah membuatkan dia untuk memilih keputusan menutup pintu hati dia. Dia tidak mahu mana-mana lelaki berada di dalam dunia dia. Dia benci. Benci... Ya, benci. Tapi... Hanya seorang lelaki yang masih bertahta di hatinya. Farid Asyraf. Hanya nama itu yang membuatkan jantungnya berdegup kencang. Hanya nama itu juga yang sering menghantuinya tiap-tiap waktu. Hanya Farid Asyraf yang mampu mencairkan hatinya....

 "Farid......." esakan halus kedengaran.




BAB 11

  "Wei Farid!! Farid!!! Tunggu kejap!" jerit Amir.

 "Kau dah kenapa terpekik terlolong ha..?"

  "Tadi... Huuu, gila wei. Memang gila. Perempuan tu tak habis-habis nak kenakan kau."

 "Umphh.. Aku pun dah tak larat nak layan perempuan macam tu. Biarlah dia.. Nanti dia bosan lah asyik nak ganggu aku. Kau bukan tak tau, dia kan memang suka buat macam tu. Cari mangsa, tinggalkan mangsa. Tu kan dah jadi moto hidup dia. Bilalah dia tu nak berubah. Ehh, dah lah aku malas nak cakap pasal dia. So, apa cerita dengan siasatan kau tu? Dapat tak cari maklumat dia?" Soal Farid selepas selesai bercakap tentang perempuan yang disebut oleh mereka.

 "Ouh! Aku dah jumpa. Kau nak tau tak siapa dia dan apa nama dia?" Amir sempat lagi hendak berteka-teki.

 "Cepatlah bagitau. Aku malas nak berteka-teki dengan kau tau.."

 "Nama dia..... Ainnur Dariyah. Dia sekarang ni seorang chef terkenal dekat Bukit Jalil tau. Perghh, aku rasa masakan dia hari tu, memang superbb lah! And, sekarang dia tengah tunggu untuk promotion kan dia punya kedai kat satu hotel ni. Aishh, aku tak ingat lah apa nama hotel yang diorang nak buat promo tu.. Umm, haa!! Aku baru ingat Hotel Instana kat KL. Nanti aku pergi minta kad ahli nak masuk hotel tu nanti. So, kau bolehlah nak skodeng dia kan.. Heheheh..." Terang Amir panjang lebar.

 "Ainnur Dariyah.... Okey. Thanks for your information. Aku ada hal ni lagi. Aku minta diri dulu ya. Assalammualaikum."

 "No problem bro.. Waalaikummusalam."

BAB 12

Hanya bayangan itu sahaja yang sering melintasi fikirannya. Setiap waktu. Saban hari. Tapi, dia tak mampu nak lakukan untuk melupakan si gadis jelita. Sering kali dia terlihat gadis itu. Tapi, hanya dari jauh sahaja. Mahu menegur. Tetapi langkahnya berat sekali untuk pergi kearah gadis itu. Ainnur Dariyah. Nama itu yang sering membuatkan hatinya tertanya- tanya adakah gadis itu sudah memiliki buah hati atau belum. Sudah kahwin ke belum. Tapi apa kan daya. Beliau tak mampu nak lakukan. Sepi menyelubungi ruang hatinya. 'Ya! Aku akan berusaha sampai aku dapat dia!'

 "Ibu!!!! ohhhh Ibu!!!!!'

 "Oit~~~ Apa jerit-jerit ni Farid.. Kamu ni tak senonoh betul main jerit jerit. Cuba panggil elok elok sikit. Apalah nak jadi budak bertuah ni." bebel Puan Mastura.

 "Hehehehe.. Ya ibu. Maaf ya~~"

 "Nak apa panggil ibu ni?" soal Puan Mastura.

 "Ibu boleh tolong tak?" Farid meminta bantuan dari ibunya untuk memenuhi hajatnya yang satu itu.

 "Apa dia?"

 "Ibu.. tolong masuk minang untuk Farid." terang Farid kepada ibunya.

 "Masuk minang?! Siapa orangnya??" luah Puan Mastura yang agak terkejut dengan permintaan anaknya itu.

 "Hehehehehe... Ainnur Dariyah." balas Farid tersipu malu.

 "Ainnur Dariyah? Nama sedapnya. Ummm.. meh ibu nak tengok gambar dia."

 "Nah~" Fardi terus mengeluarkan telefon pintarnya lalu membuka gambar si gadis jelita yang telah memikat jiwanya itu.

 "Uiiii... Lawonya... Patutlah anak bujang mak umur 27 tahun ni terpikat." puji Puan Mastura tentang kecantikkan yang ada pada si gadis genit ini.

 "Lawa kan ibu??! Ibu cepatlah masuk minang dia Bu~ Nanti terlepas, merana pula anak ibu sorang ni." gesa Farid seakan tidak sabar hendak berkahwin tidak lama lagi.

 "Cuba sabar sikit. Meh bagi ibu details Si Ainnur ni."

 "Nah!! Orang dah prepared awal-awal untuk ibu. Ibu masuk minang cepat tau. Kalau boleh esok juga ibu tolong masuk minang."

 "Amboi.. Cepatnya dia uruskan. Yelah.. Nanti ibu pergi rumah dia. Kamu jangan ikut pula, hantar aje ibu ke rumah Ainnur nanti ya."

 "Alaaaaa..." muncung sedepa Farid berikan kepada ibunya.

Keesokannya pun telah tiba. Akhirnya Farid tidak sabar untuk mendapatkan Ainnur. Mungkin orang lain akan berfikiran bahawa dia agak gelojoh. Tetapi dia sebenarnya mahu mempercepatkan sahaja perancangan ini. Sungguh dia berdoa agar Ainnur menerima dia dengan secepat mungkin.

  Selesai keluarga Farid bersarapan bersama, mereka sekeluarga segera bersiap lalu terus masuk ke dalam perut kereta. Riuh rendah dengan bunyi kanak-kanak dan orang dewasa membebel dan berceloteh sesama sendiri. Mana tidaknya, Farid pula hal, mereka pula yang sibuk memikirkan.

 Sudah agak dua jam diatas jalan raya kerana kesibukkan manusia hendak keluar makan tengah hari. Mereka akhirnya sampai juga di kediaman milik Ainnur dan keluarga. Agak gementar Farid dibuatnya, mana tidaknya nampak rumah bakal kekasih hati berdebar lain macam lah...

 "Assalammualaikum!"

 5 minit berlalu, namun tiada sahutan diterima.

 "Assalammualaikum!!"

 "Waalaikummusalam.. Maaflah, tak dengar. Ada urusan didapur tadi. Ya? Nak cari siapa ya?" tanya si pemilik rumah.

 "Ohh, tak mengapa. Ni rumah Ainnur Dariyah ya?"

 " Ya, ni rumah Ainnur. Ada apa ya datang ke sini? Ehh! Maaf tak dijemput masuk. Silakan masuk" pelawa Puan Alwiyah kepada tetamu diluar rumah.

Sementara menunggu tetamu masuk ke ruang tamu, Puan Alwiyah sudah menyuruh Ainnur untuk menyiapkan hidangan buat tetamu yang datang.

 "Maaflah kami semua ni menganggu Puan dan keluarga hari minggu macam ni. Sebenarnya, kami ada hajat yang hendak dilaksanakan." Puan Mastura memulakan bicara.

 "Hajat? Gayanya macam besar aje hajatnya tu?" tanya Puan Alwiyah serius.

 "Sebenarnya......"

 Kebetulan Ainnur datang dari dapur sambil menatang dulang yang berisi jag air dan gelas.

 'Manis betul gadis ni.. Patutlah anak aku ni macam gatal semacam aje..' desis hati Puan Mastura.

 "....kami datang ni nak meminang Ainnur buat anak teruna kami." jelas Puan Mastura akan kedatangan beliau ke rumah Puan Alwiyah.

Hampir tersedak air liur Ainnur dibuatnya ketika dia sedang asyik menuang air Ribenna ke dalam setiap gelas. 'Aku salah dengar ke aku pekak ni?' 

 "Meminang?? Anak saya? Ainnur?" tanya Puan Alwiyah dengan bersungguh-sungguh sekali.

 "Ya. Kami ni datang memang nak meminang anak awak, Ainnur." jawab Puas Mastura setenang yang mungkin.

 Sekali lagi tersedak air liur Ainnur. 'Ya Allah. Aku tak pekak lagi. Memang ada orang nak masuk minang aku. Ishh.. siapalah yang sibuk-sibuk nak aku ni.'

 "Ohh.. boleh tahu siapa nama anak teruna awak tu?" 

 "Boleh. Namanya Farid Asyraf bin Ismail."

 Sementara mereka sedang berbual. Ada jantung yang sedang berhenti berdegup sekarang. 'Fa... Farid... Asy... Raf?' Hampir pengsan Ainnur dibuatnya, apabila mak si empunya menyebut nama itu. Nama yang selalu menggetarkan jiwanya. 'Hahaha!! Tak mungkinlah si Farid tu nak masuk minang aku. Aku ni siapalah kan?' bisik hati Ainnur lagi.

 "Boleh saya tengok gambar anak awak, Farid?"

 "Boleh."

 "Kacak juga anak awak ya? Ya Allah. Tapi.." Puan Alwiyah mengeluh perlahan.

 "Tapi apa ya?"

 "Tapi, anak saya tu entah nak entah tidak. Tak apalah, nanti saya tanya dia."

 Puan Mastura tersenyum manis. "Tak apa. Awak cubalah cakap dulu dengan anak awak. Ummm, saya minta diri dulu ya. Lama pula kita berborak. Terima kasih lah ya sebab sudi terima kami datang berkunjung ke rumah awak ni Al.." 

 "Sama-sama Mas. Ada masa datanglah lagi. Nanti boleh makan-makan pula." seloroh Puan Alwiyah sebelum tetamu beransur pulang.


BAB 13

Petang yang membosankan. Ainnur malas nak campur sekali dengan bualan mereka tadi. Mana tidaknya, ada orang masuk minang weyy!! Tak tahu nak cakap apa. Gembira? Taklah kut. Sedih? Adalah sikit.. Hehehehe... Bersyukur? Ya, bersyukur sangat sebab diri ni diminati. Kyaaa~!!! Hahahaha!!

 "Ain!" 

 "Uiit, terkejut orang Umi ni... Bagilah salam dulu. Jangan terjah aje umi. Kesian anak umi ni nanti tak laku sebab ada penyakit terkejut." usik Ainnur.

 "Alaaa.. Ain pun selalu buat macam tu kat umi tak apa pula ya?" 

 "Hehehe.. okay okay. Umi nak apa panggil Ain?"

 "Ni..." Puan Alwiyah memberikan cincin tanda kepada Ainnur.

 "Lawanya cincin ni umi!! Untuk Kak Raine ehh? Wahhh.. Beruntung Kak Raine ada orang datang bagi cincin bagai.." 

Ainnur tahu itu cincin buat dirinya. Jadi, dia malas hendak ambil tahu dan membiarkan sahaja segalanya pergi dibawa angin petang.

 "Kak Raine apa pula Ain ni.. Ni cincin untuk Ain lah. Tadi ada orang nak minang Ain. Takkan Ain tak dengar kut? Puan Mastura tu siap cakap pandang Ain lagi tau. Memandai aje cakap untuk Kak Raine."

 "Hehehe.. dengarlah. Ain malas lah umi nak ambil tahu. Ain... entahlah umi." balas Ainnur bersahaja.

 "Ehhh, budak bertuah ni. Ain fikirlah sehabis baik dulu ya nak. Umi harap Ain dapat terima pinangan ni ya?"

 Tiada jawapan. Hanya mata sahaja yang bergerak mencari ruang. Ruang untuk berfikir.

 'Farid.....'



                                                            

 (Attention please! To beloved Ainnur.. Tomorrow/this/now evening i'll continue this story, but i must do in the calm mood. Is that okay for you? I'm so sorry friend.. In evening only i'll continue. Okay. )